Sunday, March 29, 2020

Disinfeksi di FTKEE

Dimohon semua PIC membuka Makmal bagi laluan kerja kerja Disinfeksi

*(mohon nizam isa cari gambar dan sedikit maklumat kerja ini) akan di edit






Friday, March 27, 2020

Bermulanya PKP dan BDR

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

Tuan / Puan;

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan arahan Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

3. Sehubungan dengan ini, semua operasi dan aktiviti akademik pelajar Pascasiswazah di Universiti Malaysia Pahang ditangguhkan sehingga 14 April 2020 atau sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berakhir.

4. Semua operasi dan aktiviti akademik Pascasiswazah seperti berikut tidak akan dilaksanakan sehingga Arahan PKP berakhir:

i. Proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Pendaftaran pelajar
iii. Penawaran Kursus Umum dan Kursus Methodologi Penyelidikan
iv. Peperiksaan Lisan, semakan dan penghantaran tesis termasuk penghantaran salinan jilid keras
v. Lain-lain operasi akademik yang diuruskan oleh Institut Pengajian Siswazah.

Sekian, terima kasih.


INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG