Prosedur Hadir ke FTKEE bagi Tujuan Mengambil Barang Keperluan
Adalah dengan ini notis PEMAKLUMAN : KEBENARAN KE PEJABAT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) SECARA GILIRAN BAGI TUJUAN PENGAMBILAN BARANG DAN KEPERLUAN PERIBADI yang dikeluarkan oleh Pendaftar pada 12 Mei dirujuk.
FTKEE menyambut baik pemakluman ini. Kebenaran ke FTKEE ini perlu dimanfaatkan oleh semua staf samada akademik, teknikal dan pentadbiran untuk melengkapkan ruang kerja di rumah masing-masing agar membolehkan kerja dari rumah (work from home) dapat dijalankan dengan baik sepanjang tempoh PKP/PKPB atau seumpamanya ini.
Berikut adalah prosedur hadir ke FTKEE bagi tujuan mengambil barang.
1. Kebenaran masuk ke FTKEE adalah untuk tujuan mengambil barang-barang sahaja. Sekiranya perlukan akses kepada makmal, sila maklumkan lebih awal kepada KT.
Sebelum hari kejadian
2. Hanya 20 individu dibenarkan berada di fakulti pada setiap sesi pagi dan petang. Sila isi nama pada slot masa di padlet.com/hamdan1/PKPBhadir.
3. Mengisi Borang PKU Return to Work Assessment
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdx-mVlKDjfFh8bAGMXHCLrF_6HML_J2nIl5u3PUWCatk9JaQ/viewform
Hari kejadian
4. Staf perlu memakai penutup hidung dan mulut ketika hadir ke FTKEE.
5. Perlu melapor diri di Pondok Pengawal dan menjalani ujian suhu badan.
6. Semasa di dalam kampus, perlu menjaga penjarakan sosial dengan menjarakkan diri dari individu lain sekurang-kurangnya 1 meter.
7. Mengurangkan pergerakan di fakulti dan menuju ke tempat yang perlu sahaja.
8. Sekiranya perlu mengeluarkan barang fakulti, perlu memaklumkan kepada KT dan mengisi borang keluarkan aset/inventori.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc30y8XOzRsUspoSNiFh5CHc-6DlcXu_V6sYG9bf0qL1H0lwg/viewform?usp=sf_link
9. Perlu juga mengisi borang Bahagian Keselamatan: Rekod Pengeluaran Barang/Peralatan
https://forms.gle/UwHUoJWNATPUErJP6
10. Staf perlu mematuhi slot masa yang telah ditetapkan. Keluar sebelum tamat tempoh slot yang diberi.
Peringatan
11. Sebarang ketidakpatuhan kepada prosedur ini akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
No comments:
Post a Comment