Wednesday, June 16, 2021

Gerak Kerja Patuh SOP di Makmal PKP3.0

Panduan Kemasukan Ke Makmal FTKEE Untuk Kebenaran Khas Aktiviti Makmal

Makmal kini dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang telah mendapat kebenaran TNCA dan membawa bersama surat berkenaan sahaja akan dibenarkan masuk.

Waktu operasi makmal bermula jam 9 pagi hingga 5 petang

Sila patuhi SOP berikut:

1. Semua pelajar wajib mempunyai surat kebenaran masuk UMP dan pastikan SV bagi pelajar sedia maklum akan waktu kehadiran pelajar di bawah seliaanya. Pastikan juga nama pelajar memang ada dalam senarai kebenaran kehadiran. Kerjasama dari SV sangat diharapkan dalam membantu memastikan semua peraturan dipatuhi. 



2. Pastikan Surat Lampiran 3 itu mempunya Tanda tangan dan Cop Pegawai Keselamatan bertarikh hari ini dan PJP serta SV yang  bertugas mengesahkan kehadiran pelajar dengan COP Rasmi dan disimpan oleh pelajar untuk pengesahan keluar masuk kampus


3. Pastikan Pelajar Check in My Sajahtera Masuk UMP, Masuk FTKEE, dan Masuk Lab FTKEE

4  Pastikan Pelajar Scan on line QR code borang saringan PKU (Google Doc)




5. Pastikan pelajar patuh SOP Makmal, pakai kasut, isi Buku Penggunaan makmal, dan lain lain.

6. Bagi PJP bertugas, Selain membantu pelajar dalam kerja kerja teknikal, pastikan membuat rondaan yang kerap dan laporan dari masa ke semasa dalam Group Official, contoh:

Rondaan hari ni 15/6/21, Selasa : 

2 org student PG di blok 3, SV Encik X
2 org student PSM lab, Appace, SV Encik W
2 org student PSM di Lab PSM, SV Encik Z
1 PSM workshop, Tiada SV, pakai selipar, diarahkan patuh SOP.
2 PSM EMT, Tiada SV, tiada surat, diarahkan balik.

7. Pelajar luar yang hadir ke Makmal FTKEE TIDAK dibenarkan ke tempat lain terutamanya kafeteria / asrama. 

8. Percampuran antara pelajar luar dan pelajar dalam asrama adalah dilarang sama sekali

9. Sekali lagi, Kerjasama dari SV sangat diharapkan dalam membantu memastikan semua peraturan dipatuhi. 

10. Semua pihak perlu mematuhi SOP Makmal (pemakaian dan penggunaan alat) serta SOP Covid-19 (3C) sepanjang masa berada di FTKEE.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment