Wednesday, July 7, 2021

SPOT THE HAZARDS



SpotTheHazards merupakan platform alternatif untuk warga UMP melaporkan sebarang situasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia/harta benda & persekitaran. Ia juga merupakan cara termudah hanya dengan 1 klik, Tuan/Puan dapat membantu mengelakkan sebarang kemalangan yang tak diingini berlaku.

Sekiranya pihak Tuan/Puan berada di tempat awam dan ternampak kawasan yang berbahaya seperti longkang tidak bertutup, air penghawa dingin di laluan penjalan kaki ataupun kawasan rehat tidak selamat, boleh laporkan terus di SpotTheHazard melalui link: 

https://wa.me/60179630656?text=Sport%20the%20hazard

Akan tetapi sekiranya pihak Tuan/Puan berada di lokasi seperti Fakulti/PTJ/Resident Pelajar, laporan boleh dibuat terus kepada:


1) UMP Service - Kampus Gambang

2) Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) - Kampus Pekan


Cara-cara untuk membuat laporan adalah seperti berikut;


1) Mengambil Gambar 

2) Lokasi Gambar

3) Ringkasan Hazard Berkaitan Gambar


Dengan hanya 1 gambar, Tuan/Puan dapat mengelakkan sebarang kemalangan yang tak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment