Tuesday, September 28, 2021

Pengumuman kaedah pengoperasian FTKEE dan permohonan BDR staf FTKEE



26/09/2021 (Ahad)

8:45PM


Assalamualaikum wrt.


Kepada semua staf FTKEE,


Susulan edaran surat pengoperasian UMP dalam tempoh PPN fasa 3.0 bertarikh 26 September 2021 yang berkuatkuasa esok, 27 September 2021, kaedah pengoperasian FTKEE adalah seperti berikut:


1) Kaedah BDR adalah menggunakan kaedah sedia ada iaitu,


i. Bagi staf DS, digalakkan BDR tanpa menggangu proses persediaan PdP,


ii. Bagi staf teknikal, jadual penggiliran bekerja adalah seperti ketetapan Ketua Teknikal dengan mengutamakan persediaan sesi PdP secara fizikal;


iii. Bagi staf pentadbiran, jadual bekerja adalah seperti ketetapan eksekutif dengan mengutamakan persediaan proses PdP secara fizikal;


2) Kaedah permohonan BDR


i. Menggunakan kaedah yang sama sehingga 31 Oktober 2021. Berkenaan pelaksanaan eBDR dijangka 1 November 2021, akan diperincikan kemudian.


ii. Bagi staf hadir 5 jam atau lebih, namun kurang 9 jam, sila mohon BDR Flexi & dimohon "enable location" untuk proses check in/out seperti biasa,


iii. Bagi staf yang hadir secara fizikal, dimohon "enable location" untuk proses check in/out seperti biasa.


Terima kasih.


Eksekutif Kanan FTKEE


b.p Dekan FTKEE

No comments:

Post a Comment