Friday, January 28, 2022

cara apply cuti kurantin CC1

 Email kepada bkp@ump.edu.my dan cc kepada admin FTKEE dan ketua teknikal serta dekan.

lampirakn bersama borang swab test


from:MUHAMMAD HAMKA BIN EMBONG . mhamka@ump.edu.my
to:BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN <bkp@ump.edu.my>
cc:NIDZAMUDDEEN BIN ISHAK <nidzamuddeen@ump.edu.my>
bcc:MUHAMMAD FAUZI BIN ALI <fauziali@ump.edu.my>
date:Sep 10, 2021, 11:39 AM
subject:Pemakluman Kuarantin CC1
mailed-by:ump.edu.my


contoh email.


Assalamualaikum, saya MUHAMMAD HAMKA EMBONG (0703) adalah staf teknikal di FTKEE ingin memaklumkan kami sekeluarga telah dikuarantinkan kerana isteri saya NURHANIZA BT ISMAIL, staf JKR KUANTAN adalah CC1 bermula 10 Sept 2021 hingga 24 Sept 2021.


Isteri saya telah pergi bekerja di JKR Kuantan yang mana seorang staf telah disahkan positif covid 19.

Isteri saya telah membuat Swab Test di Terminal Centre Kuantan dan sekarang memakai gelang putih.

Mohon kerjasama dan bantuan daripada pihak BKP untuk maklumkan kepada saya jika ada apa-apa tindakan yang perlu saya lakukan. Sekian, terima kasih.

Mohon rujuk lampiran

(jawapan balas UMP)

Merujuk kepada pemakluman ini tuan hendaklah menjalani sesi isolasi menerusi BDR KUARANTIN KENDIRI kerana merupakan kontak rapat kes dibawah seliaan KKM bermula 10 September 2021 sehingga 24 September 2021 sahaja atau sehingga selesai ujian pengesahan COVID-19 yang dilaksanakan adalah negatif. Tempoh kuarantin selama 14 hari dengan merujuk Surat Edaran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang rujukan : (2) dlm JKN.Phg.(KA-EPID) 5/101 Jld.10 bertarikh 25 Jun 2021. Keputusan akan dimaklumkan pihak PKU. 

 

Namun demikian, jika tuan bergejala hendaklah ke hospital dan pusat kesihatan Kerajaan berdekatan dengan segera. Tuan hendaklah mematuhi SOP sepanjang dalam tempoh kuarantin kendiri yang ditetapkan antaranya sentiasa berada di rumah (lokasi kuarantin) dan tidak kemana-mana bagi mengekang penularan serta boleh dihubungi kerana masih di kira sebagai Berkerja Dari Rumah.


Pemohonan BDR KUARANTIN KENDIRI ini perlu mendapat kelulusan melalui arahan kerja Workorder di E-community (Ecommunity > Staff Management > Personal > Workorder > Add > Pilih : Purpose ( Bdr Kuarantin Kendiri) dan pemantauan oleh Ketua Jabatan supaya tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan dan kelancaran urusan Jabatan. Disertakan borang pemantauan sepanjang BDR KUARANTIN. Sebarang status terkini tuan mohon dimaklumkan pada pihak kami untuk tujuan pemantauan kemaskini rekod.

No comments:

Post a Comment